Kelebihan Surah & Ayat2 Al-Quran
Surah Al-Baqarah (ayat 285-286) :- Baca sblm tidur terselamat dari bala bencana dan mara bahaya.
Surah Ali 'Imran (ayat 1-3) :- Akan tercapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.
Surah Ali 'Imran (ayat 16) :- Untuk memohon keampunan dari Allah.
Surah Annisaa' (ayat 75) :- Nescaya akan terselamat dari kejahatan para penjahat.
Surah Al-Maidah (ayat 7) :- Baca 3 hari berturut2 selamat dari was2 semasa wudhu dan solat.
Surah Al-Maidah (ayat 89-101) :- Baca dalam air dan beri minum kpd org pendusta, insyaallah dia tidak akan bercakap dusta lagi.
Surah Al-An'aam :- Baca 7x akan terhindar dari segala bala bencana.
Surah Al-An'aam (ayat 63-64) :- Dibaca oleh penumpang kapal, akan terselamat dari karam dan tenggelam.
Surah Al-A'raaf (ayat 23) :- Baca tiap2 solat fardhu lalu istighfar akan terampun dosa.
Surah Al-A'raaf (ayat 47) :- Akan terpelihara dari kekacauan para penzalim dan mendapat rahmat Allah.
Surah Al-Anfal (ayat 62-63) :- Nescaya akan dicintai dan dihormati oleh sekelian manusia.
Surah Al-Baraah/Taubah :- Terselamat dari kemunafikan dan tercapai hakikat iman.
Surah Al-Baraah/Taubah (ayat 111) :-Baca di kedai atau tempat berniaga, insyaallah akan maju.
Surah Al-Baraah/Taubat (ayat 128-129) :- Baca untuk orang sukakan kita. Selalulah menghafal bacaan ini dan sekiranya pada seketika waktu kita terlupa membaca walaupun berulang2 kali masih tidak mengingatinya, itu menandakan ajal kita semakin hampir.
Surah Yunus (ayat 31) :- Baca pada wanita hamil, lahir anak dengan selamat.
Surah Yunus (ayat 64) :- Nescaya terhindar dari mimpi2 buruk dan mengigau.
Surah Al-Hud :- Mendapat kekuatan dan kehebatan serta ketenangan dan tenteram jiwa.
Surah Al-Hud (ayat 56) :- Baca setiap masa akan terselamat dari gangguan manusia jahat dan binatang liar.
Surah Al-Hud (ayat 112) :- Baca 11x slps solat 5 waktu akan mencapai ketetapan hati.
Surah Yusuf :- dimurahkan rezeki dan diberi kemuliaan disisi Allah.
Surah Yusuf (ayat 64) :- Akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.
Surah Yusuf (ayat 68) :- Nescaya Allah akan kurniakan kesolehan pada anak2.
Surah Ar Ra'd (ayat 13) :- Akan selamat dari petir.
Surah Ar Ra'd (ayat 28) :- Baca nescaya sakit jantung akan sembuh.
Surah Ibrahim (ayat 32-34) :- Baca nescaya anak2 akan terhindar dari syirik dan bidaah.
Surah Al-Hijr (ayat 97-99) :- Baca pd wanita yg selalu keguguran, nescaya kandungan akan selamat.
Surah Al-Isra (ayat 45-46) :- Baca utk pendinding diri dari kejahatan manusia.
Surah Al-Kahf :- Baca surah ini setiap malam jumaat, dimurahkan rezeki.
Surah Maryam :- Nescaya mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.
Surah Thaha :- Allah akan kurniakan ilmu pengetahuan dan tercapai segala maksud.
Surah Thaha (ayat 25-28) :- Baca 21x setiap solat subuh, nescaya otak akan cergas dan akal sempurna.
Surah Al-Anbia (ayat 83) :- Baca nescaya mendapat sebesar2 pangkat disisi Allah.
Surah Al-Hajj :- Allah akan binasakan musuh2nya.
Surah Al-Mukminun :- Baca dalam air minum orang yang minum minuman keras, nescaya berhenti minum.
Surah Al-Mukminun (ayat 28) :- Perahu selamat dari karam dan rumah akan selamat dari kecurian dan dari serangan musuh.
Surah An-Nur :- Terhindar dari mimpi2 buruk.
Surah An-Nur (ayat 35) :- Baca setiap Jumaat sebelum Asar, nescaya disegani oleh orang ramai.
Surah Al Furqan :- Baca 3x dlm air dan percikkan dalam rumah, nescaya selamat dari gangguan binatang liar dan ular
Surah Asy Syu'ara (ayat 130) :- Baca 7x dengan senafas pada orang2 yang digigit binatang bisa, nescaya akan hilang bisanya
Surah An Naml :- Baca nescaya nikmat2 Allah akan kekal kepadanya.
Surah Ar Rum :- Baca nescaya Allah akan binasakan orang2 yang hendak menzaliminya.
Surah Al Ankabut :- Nescaya demam sembuh dan juga terhindar dari gelisah.
Surah Luqman :- Nescaya terhindar dari segala penyakit2 perut
Surah Luqman (ayat 31) :- Nescaya terselamat dari mangsa banjir
Surah As Sajadah :- Baca setiap malam Jumaat
Surah As Sajadah (ayat 7-9) :- Baca ke atas anak2 baru lahir nescaya terhindar dari segala penyakit rohani dan jasmani.
Surah Al Ahzab (ayat 45-48) :- Nescaya mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati.
Surah Al Ahzab (ayat 60-66) :- Nescaya Allah akan membinasakan musuh2nya.
Surah Saba :- Nescaya terselamat dari segala bala bencana.
Surah Fathir (ayat 29-30) :- Nescaya Allah akan memberkati perniagaannya.
Surah Yasin :- Baca setiap malam Jumaat. Baca 41x nescaya tercapai segala hajat. Baca 21x doa istighfar untuk ibubapa akan diampunkan Allah.
Surah As Saffat :- Insyaallah akan memelihara dari gangguan jin.
Surah Shad (ayat 42) :- Nescaya mendapat kebahagiaan sejati.
Surah Al-Furqan :- Baca 3x dalam air dan percikkan dalam rumah, nescaya selamat dari ganggun binatang liar dan ular.
Surah Asy Syura (ayat 15) :- Memohon perlindungan dan menegakkan keadilan.
Surah Ad Dhukan :- Baca diwaktu malam, maka meminta ampun baginya 70000 para malaikat diwaktu pagi.
Surah Al Waqiah :- Baca setiap malam jauh dari papa. Baca 40x setiap hari akan dipermudahkan rezeki.
Surah Al Mulk :- Baca setiap hari solat isyak akan mendapat keampunan. Terlepas dari seksa kubur dan terkeluar dari neraka masuk ke syurga
Monday, March 14, 2011
Sunday, January 9, 2011
Jom Amal ....
Barangsiapa yang membaca YASSIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut “SALAMUUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM ” diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baik mu, InsyaAllah dengan izin yang maha esa dan maha kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.
Jika boleh niatkan sebegini:
1) YA-ALLAH YA-RAHIM, Ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, Kurniakan aku isteri/suami, anak-anak yang soleh dan mencintai islam.
3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, Kurniakan aku rezeki yang berkat, kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat.
4) YA-ALLAH YA-JABBAR, Makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini.
5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, Jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin.
6) YA-ALLAH YA-WADUUD, Kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad SAW yang beriman kesihatan zahir batin.
7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, Makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku.
http://warmfuzzy.wordpress.com/

Sunday, January 2, 2011
Anda orang yang teraniaya?????
Dalam kehidupan manusia di dunia ini tidak sunyi dari berbagai ragam dan perangai manusia.Ada yang baik dan tak kurang juga yang berperangai jahat serta zalim, hatta dari kalangan saudara mara, adik beradik sendiri pun sanggup berbuat zalim.Lebih menyayat hati apabila ada anak sendiri yang sanggup melakukan kezaliman terhadap kedua orang tuanya. manusia jenis apakah ini??Di waktu ini kezaliman sudah bermaharajalela. Nyawa manusia sudah tidak berharga. Baca dan tengok lah berita di tv, internet dan dimana saja kezaliman berlaku di merata-rata tak kira agama ataupun bangsa.Yang kecik, kerdil,rakyat jelata selalu menjadi mangsa.Kezaliman dan kejahatan dilakukan dalam berbagai cara, ada yang tersembunyi@cara halus seperti guna santau dan bomoh. Ada juga secara terang nyata saperti bunuh, seksa, dera dan lain lain lagi.
Bagi orang islam DOA adalah senjata yang paling ampuh bagi orang yang tidak berdaya untuk melawan kejahatan tersebut.Lagipun, Allah berjanji kepada orang-orang yang soleh yang teraniaya dalam surah Alam Nasyrah." Selepas kepayahan, pasti datang kemudahan. ".
Doa orang yang teraniaya
1. Mohon pada Allah, untuk menggantikan penipuan dan sebagainya dengan rezeki yang lebih baik dan bertambah-tambah. Baca " Allahuma ajurni fi musibati, wakh lufli khairan minha ". Sangat mujarab bagi orang-orang yang dizalimi dan cepat pula dapat jawapan dari Allah.
ATAU .......
2. Sebutkan doa di dalam bahasa kita " Ya Allah. Mereka ini ( sebut nama mereka ) zalim pada aku. Aku mohon balasan yang setimpal ke atas mereka. Serta bantulah aku keluar dari kesusahan ini. " Juga mujarab.
ATAU .....
3. Biarkan Allah balas mereka di Padang Mahsyar. Tuntut dari Allah segala pahala mereka dan minta Allah campakkan dosa-dosa kita pada mereka. Mereka akan kekal memikul dosa kita dan menerima balasan buat selama-lamanya.
dipetik dr www.tip -untuk -semua.blogspot.com by cik suu chee

Saturday, January 1, 2011
Amalan agar dimurahkan rezeki
Allah s.w.t telah membuka jalan yang seluas-luasnya untuk setiap hambanya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.Berikut adalah sepuluh amalan agar dimurahkan rezeki.
1.Mengabdikan diri untuk beribadah.
Allah s.w.t tidak mensia-siakan pengabdian hambanya seperti firmanNya. "Wahai anak Adam,sempatkanlah untuk menyembahku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu.Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu."
2.Memperbanyakkan Istighfar.
Sabda Nabi s.a.w,"Barangsiapa memperbanyakkan istighfar maka Allah S.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya,menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka."
3.Sentiasa mengingati Allah.
Firman Allah s.w.t,"Orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah.Ingatlah,hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.
4.Mendoakan ibu dan bapa.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda,"Mendoakan ibu dan bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki.Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya."
5.Menjalin silaturrahim.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda,"Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya."
6.Melazimi kekal berwuduk.
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah s.w.t.Lalu Rasulullah s.a.w bersabda,"Sentiasalah berada dalam keadaan bersih(dari hadas)nescaya Allah akan memurahkan rezeki.
7.Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah s.w.t membuka pintu rezeki seseorang itu.Nabi Muhammad s.a.w bersabda kepada Zubair bin al-Awwam."Hai Zubair,ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy,yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya.Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain,nescaya Allah membanyakkan baginya.Dan siapa yang menyedikitkan,nescaya Allah menyedikitkan baginya."
8.Mengamalkan solat Dhuha.
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia(aktiviti harian),juga mempunyai rahsia tersendiri.Firman Allah s.w.t'"Wahai anak Adam,jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha),nanti pasti akan aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya."
9.Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat Allah s.w.t.Melupainya adalah seperti kufur nikmat yang Allah berikan.Allah s.w.t berfirman,"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur ,nescaya Aku tambahi nikmatKu kepadamu,dan demi sesungguhnya jika kamu kufur,sesungguhnya azabKu amat keras."
10.Bertawakal
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda,"Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal,nescaya kamu diberi rezeki seperti burung iaitu,pada pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.
dipetik dr adlindamia blog..

Subscribe to:
Posts (Atom)