Tuesday, October 19, 2010

MAAF

Maafkan aku..

Maafkan aku kerana suatu waktu dulu
pernah menyayangimu
pernah merinduimu
malah terlanjur mencintaimu..

Maafkan aku..

Kerana selepas perpisahan itu
aku belum pernah melupakanmu
juga belum pernah berhenti menyayangimu...

Maafkan aku...

kerana dipertemuan ini
sekali lagi..
aku tewas
untuk melupakanmu...

maafkan aku atas segalanya..