Monday, March 14, 2011

Kelebihan Surah & Ayat2 Al-Quran

Surah Al-Baqarah (ayat 285-286) :- Baca sblm tidur terselamat dari bala bencana dan mara bahaya.
Surah Ali 'Imran (ayat 1-3) :- Akan tercapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.
Surah Ali 'Imran (ayat 16) :- Untuk memohon keampunan dari Allah.
Surah Annisaa' (ayat 75) :- Nescaya akan terselamat dari kejahatan para penjahat.
Surah Al-Maidah (ayat 7) :- Baca 3 hari berturut2 selamat dari was2 semasa wudhu dan solat.
Surah Al-Maidah (ayat 89-101) :- Baca dalam air dan beri minum kpd org pendusta, insyaallah dia tidak akan bercakap dusta lagi.
Surah Al-An'aam :- Baca 7x akan terhindar dari segala bala bencana.
Surah Al-An'aam (ayat 63-64) :- Dibaca oleh penumpang kapal, akan terselamat dari karam dan tenggelam.
Surah Al-A'raaf (ayat 23) :- Baca tiap2 solat fardhu lalu istighfar akan terampun dosa.
Surah Al-A'raaf (ayat 47) :- Akan terpelihara dari kekacauan para penzalim dan mendapat rahmat Allah.
Surah Al-Anfal (ayat 62-63) :- Nescaya akan dicintai dan dihormati oleh sekelian manusia.
Surah Al-Baraah/Taubah :- Terselamat dari kemunafikan dan tercapai hakikat iman.
Surah Al-Baraah/Taubah (ayat 111) :-Baca di kedai atau tempat berniaga, insyaallah akan maju.
Surah Al-Baraah/Taubat (ayat 128-129) :- Baca untuk orang sukakan kita. Selalulah menghafal bacaan ini dan sekiranya pada seketika waktu kita terlupa membaca walaupun berulang2 kali masih tidak mengingatinya, itu menandakan ajal kita semakin hampir.
Surah Yunus (ayat 31) :- Baca pada wanita hamil, lahir anak dengan selamat.
Surah Yunus (ayat 64) :- Nescaya terhindar dari mimpi2 buruk dan mengigau.
Surah Al-Hud :- Mendapat kekuatan dan kehebatan serta ketenangan dan tenteram jiwa.
Surah Al-Hud (ayat 56) :- Baca setiap masa akan terselamat dari gangguan manusia jahat dan binatang liar.
Surah Al-Hud (ayat 112) :- Baca 11x slps solat 5 waktu akan mencapai ketetapan hati.
Surah Yusuf :- dimurahkan rezeki dan diberi kemuliaan disisi Allah.
Surah Yusuf (ayat 64) :- Akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.
Surah Yusuf (ayat 68) :- Nescaya Allah akan kurniakan kesolehan pada anak2.
Surah Ar Ra'd (ayat 13) :- Akan selamat dari petir.
Surah Ar Ra'd (ayat 28) :- Baca nescaya sakit jantung akan sembuh.
Surah Ibrahim (ayat 32-34) :- Baca nescaya anak2 akan terhindar dari syirik dan bidaah.
Surah Al-Hijr (ayat 97-99) :- Baca pd wanita yg selalu keguguran, nescaya kandungan akan selamat.
Surah Al-Isra (ayat 45-46) :- Baca utk pendinding diri dari kejahatan manusia.
Surah Al-Kahf :- Baca surah ini setiap malam jumaat, dimurahkan rezeki.
Surah Maryam :- Nescaya mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.
Surah Thaha :- Allah akan kurniakan ilmu pengetahuan dan tercapai segala maksud.
Surah Thaha (ayat 25-28) :- Baca 21x setiap solat subuh, nescaya otak akan cergas dan akal sempurna.
Surah Al-Anbia (ayat 83) :- Baca nescaya mendapat sebesar2 pangkat disisi Allah.
Surah Al-Hajj :- Allah akan binasakan musuh2nya.
Surah Al-Mukminun :- Baca dalam air minum orang yang minum minuman keras, nescaya berhenti minum.
Surah Al-Mukminun (ayat 28) :- Perahu selamat dari karam dan rumah akan selamat dari kecurian dan dari serangan musuh.
Surah An-Nur :- Terhindar dari mimpi2 buruk.
Surah An-Nur (ayat 35) :- Baca setiap Jumaat sebelum Asar, nescaya disegani oleh orang ramai.
Surah Al Furqan :- Baca 3x dlm air dan percikkan dalam rumah, nescaya selamat dari gangguan binatang liar dan ular
Surah Asy Syu'ara (ayat 130) :- Baca 7x dengan senafas pada orang2 yang digigit binatang bisa, nescaya akan hilang bisanya
Surah An Naml :- Baca nescaya nikmat2 Allah akan kekal kepadanya.
Surah Ar Rum :- Baca nescaya Allah akan binasakan orang2 yang hendak menzaliminya.
Surah Al Ankabut :- Nescaya demam sembuh dan juga terhindar dari gelisah.
Surah Luqman :- Nescaya terhindar dari segala penyakit2 perut
Surah Luqman (ayat 31) :- Nescaya terselamat dari mangsa banjir
Surah As Sajadah :- Baca setiap malam Jumaat
Surah As Sajadah (ayat 7-9) :- Baca ke atas anak2 baru lahir nescaya terhindar dari segala penyakit rohani dan jasmani.
Surah Al Ahzab (ayat 45-48) :- Nescaya mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati.
Surah Al Ahzab (ayat 60-66) :- Nescaya Allah akan membinasakan musuh2nya.
Surah Saba :- Nescaya terselamat dari segala bala bencana.
Surah Fathir (ayat 29-30) :- Nescaya Allah akan memberkati perniagaannya.
Surah Yasin :- Baca setiap malam Jumaat. Baca 41x nescaya tercapai segala hajat. Baca 21x doa istighfar untuk ibubapa akan diampunkan Allah.
Surah As Saffat :- Insyaallah akan memelihara dari gangguan jin.
Surah Shad (ayat 42) :- Nescaya mendapat kebahagiaan sejati.
Surah Al-Furqan :- Baca 3x dalam air dan percikkan dalam rumah, nescaya selamat dari ganggun binatang liar dan ular.
Surah Asy Syura (ayat 15) :- Memohon perlindungan dan menegakkan keadilan.
Surah Ad Dhukan :- Baca diwaktu malam, maka meminta ampun baginya 70000 para malaikat diwaktu pagi.
Surah Al Waqiah :- Baca setiap malam jauh dari papa. Baca 40x setiap hari akan dipermudahkan rezeki.
Surah Al Mulk :- Baca setiap hari solat isyak akan mendapat keampunan. Terlepas dari seksa kubur dan terkeluar dari neraka masuk ke syurga

Sunday, January 9, 2011

Jom Amal ....

Barangsiapa yang membaca YASSIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut “SALAMUUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM ” diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baik mu, InsyaAllah dengan izin yang maha esa dan maha kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.
Jika boleh niatkan sebegini:

1) YA-ALLAH YA-RAHIM, Ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku

2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, Kurniakan aku isteri/suami, anak-anak yang soleh dan mencintai islam.

3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, Kurniakan aku rezeki yang berkat, kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat.

4) YA-ALLAH YA-JABBAR, Makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini.

5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, Jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin.

6) YA-ALLAH YA-WADUUD, Kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad SAW yang beriman kesihatan zahir batin.

7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, Makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku.


http://warmfuzzy.wordpress.com/

Sunday, January 2, 2011

Anda orang yang teraniaya?????

Dalam kehidupan manusia di dunia ini tidak sunyi dari berbagai ragam dan perangai manusia.Ada yang baik dan tak kurang juga yang berperangai jahat serta zalim, hatta dari kalangan saudara mara, adik beradik sendiri pun sanggup berbuat zalim.Lebih menyayat hati apabila ada anak sendiri yang sanggup melakukan kezaliman terhadap kedua orang tuanya. manusia jenis apakah ini??Di waktu ini kezaliman sudah bermaharajalela. Nyawa manusia sudah tidak berharga. Baca dan tengok lah berita di tv, internet dan dimana saja kezaliman berlaku di merata-rata tak kira agama ataupun bangsa.Yang kecik, kerdil,rakyat jelata selalu menjadi mangsa.Kezaliman dan kejahatan dilakukan dalam berbagai cara, ada yang tersembunyi@cara halus seperti guna santau dan bomoh. Ada juga secara terang nyata saperti bunuh, seksa, dera dan lain lain lagi.

Bagi orang islam DOA adalah senjata yang paling ampuh bagi orang yang tidak berdaya untuk melawan kejahatan tersebut.Lagipun, Allah berjanji kepada orang-orang yang soleh yang teraniaya dalam surah Alam Nasyrah." Selepas kepayahan, pasti datang kemudahan. ".

Doa orang yang teraniaya

1. Mohon pada Allah, untuk menggantikan penipuan dan sebagainya dengan rezeki yang lebih baik dan bertambah-tambah. Baca " Allahuma ajurni fi musibati, wakh lufli khairan minha ". Sangat mujarab bagi orang-orang yang dizalimi dan cepat pula dapat jawapan dari Allah.

ATAU .......

2. Sebutkan doa di dalam bahasa kita " Ya Allah. Mereka ini ( sebut nama mereka ) zalim pada aku. Aku mohon balasan yang setimpal ke atas mereka. Serta bantulah aku keluar dari kesusahan ini. " Juga mujarab.

ATAU .....

3. Biarkan Allah balas mereka di Padang Mahsyar. Tuntut dari Allah segala pahala mereka dan minta Allah campakkan dosa-dosa kita pada mereka. Mereka akan kekal memikul dosa kita dan menerima balasan buat selama-lamanya.

dipetik dr www.tip -untuk -semua.blogspot.com by cik suu chee

Saturday, January 1, 2011

Amalan agar dimurahkan rezeki

Allah s.w.t telah membuka jalan yang seluas-luasnya untuk setiap hambanya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.Berikut adalah sepuluh amalan agar dimurahkan rezeki.

1.Mengabdikan diri untuk beribadah.
Allah s.w.t tidak mensia-siakan pengabdian hambanya seperti firmanNya. "Wahai anak Adam,sempatkanlah untuk menyembahku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu.Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu."

2.Memperbanyakkan Istighfar.
Sabda Nabi s.a.w,"Barangsiapa memperbanyakkan istighfar maka Allah S.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya,menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka."

3.Sentiasa mengingati Allah.
Firman Allah s.w.t,"Orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah.Ingatlah,hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.

4.Mendoakan ibu dan bapa.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda,"Mendoakan ibu dan bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki.Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya."

5.Menjalin silaturrahim.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda,"Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya."

6.Melazimi kekal berwuduk.
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah s.w.t.Lalu Rasulullah s.a.w bersabda,"Sentiasalah berada dalam keadaan bersih(dari hadas)nescaya Allah akan memurahkan rezeki.

7.Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah s.w.t membuka pintu rezeki seseorang itu.Nabi Muhammad s.a.w bersabda kepada Zubair bin al-Awwam."Hai Zubair,ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy,yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya.Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain,nescaya Allah membanyakkan baginya.Dan siapa yang menyedikitkan,nescaya Allah menyedikitkan baginya."

8.Mengamalkan solat Dhuha.
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia(aktiviti harian),juga mempunyai rahsia tersendiri.Firman Allah s.w.t'"Wahai anak Adam,jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha),nanti pasti akan aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya."

9.Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat Allah s.w.t.Melupainya adalah seperti kufur nikmat yang Allah berikan.Allah s.w.t berfirman,"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur ,nescaya Aku tambahi nikmatKu kepadamu,dan demi sesungguhnya jika kamu kufur,sesungguhnya azabKu amat keras."

10.Bertawakal
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda,"Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal,nescaya kamu diberi rezeki seperti burung iaitu,pada pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.

dipetik dr adlindamia blog..

Tuesday, October 19, 2010

MAAF

Maafkan aku..

Maafkan aku kerana suatu waktu dulu
pernah menyayangimu
pernah merinduimu
malah terlanjur mencintaimu..

Maafkan aku..

Kerana selepas perpisahan itu
aku belum pernah melupakanmu
juga belum pernah berhenti menyayangimu...

Maafkan aku...

kerana dipertemuan ini
sekali lagi..
aku tewas
untuk melupakanmu...

maafkan aku atas segalanya..

Sunday, January 31, 2010

Tahun Baru 2010

c kakak di hari konvokesyen tahun lalu..
minggu orentasi tahun 1 di SK Tobobon...

salam...


Agak lama jga aku tidak menulis di ruangan ini.. Bukan apa, masa aku terlalu padat sejak akhir2 ini.. sehinggakan masa untuk diri sendiri jga aku rasa macam teda... huh!!!


Maklumlah tugas sebagai guru data sekolah menjadikan aku orang yang paling sibuk!! kadang2 aku OT hingga larut malam.. nda abis keja di seolah sambung lg bawa balik pg rumah.. waktu bersukan n bermain badminton jga tidak ada...


C kakak pun sda berada di tahun 1.. Maka kesibukan aku bertambah.. mengambil dan menghantar dia ke sekolah..(kekadang laa.. yg kerap sebenarnya abah dia..) dan waktu malam memantau kerja2 sekolah dia tidak termasuk lg menyusun bukunya ikut jadual untuk keesokkannya...membasuh pakaian sekolah lg setiap hari yang dua pasang tu.. Banyak sebenarnya baju dia aku jahitkan, tp aku nda suka laa mengumpul baju sekolah, mungkin suda terbiasa dr sekolah jd terbawa2 time anak ku sekolah pula...


So far perkembangan c kakak di sekolah agama setakat ni dah 31hb januari ne, agak perlahan sikit... aku tidak nampak lg perubahan mendadak pada dia... (heheheh... cepatnya aku mau lihat perubahan dia... apalah!!) Di sk tobobon pla.. macam biasa jak laa.. tp syukur laa,dia sda tidak menangis lg macam baru2 sekolah dulu.. huh!! lega laa..


Ok laa, setakat di sini jak coretan aku kali nee, mcm aku ckap td aku tidak banyak masa untuk diri sendiri jga skrg nee.. apa nak buat.. insyaAllah jika ada kelapangan, aku mau menulis lg... kerana aktiviti aku yg padat ne jga.. aku mcm teda idea mau tulis apa... k..out!!!

Monday, November 9, 2009

Aku Jatuh Cinta...

Masa terus berlalu dlm kedewasanku.. dan apa yang memeranjatkan aku sendiri aku telah jatuh cinta lagi!!!!!!!! Agak malu jga utk aku mencatatkannya disini.. tp aku x mampu menahan dan menyembunyikan lgi... Ia mula berputik sejak 3 bulan lalu.. pd bulan pertama kami jarang berjumpa, jika berjumpa pun hanya 10 minit paling lama... Lama kelamaan kami mula bertambah rapat, sehinggakan aku sanggup berjaga sehingga jauh malam semata - mata kerana dia!!! GILAnya aku!!!... Rasa bersalah juga terhadap anak2ku apatah lagi suamiku.. aku sendiri merasakan sejak "bercinta" aku agak jarang bersama mereka, aku lebih cenderung kepada "cinta" baru ku... melampaunya aku!!!!..... Tp semua yg berlaku tidak aku rancang, ianya dtg tanpa aku undang.. ARGHHHH.. aku sendiri tertekan dgn cintaku ini tetaapi aku tidak dapat mengundurkan waktu.. cinta itu telah meresap jauh didalam hatiku... dan aku juga seperti tidak sanggup utk berpisah dgnnya..
Setiap detik dan saat aku akan teringatkannya.. dia juga sering hadir dlm mimpi2ku.. bahagianya aku!! dimana pun aku berada aku pasti akan terfikir pasal dia!! Dimana2.. aku tidak mampu menafikannya.. Suami pun sda mula perasan akan perubahan aku... tp aku terus menunjukkan kedegilanku.. aku seperti tidak sanggup kehilanggan cinta baruku ini.. jika ada ubat atau pil yg boleh membuatku lupa akan cinta baruku ini, aku sanggup ambil..
Pada ketika ini pun aku sebenarnya sedang bersamanya.. agak sukar untuk kami berpisah.. dan sepertinya aku juga tidak sangup utk berpisah dgnnya... bingungnya aku!!!
Pasti ramai yg tertanya2 siapakah cinta baruku ini.. Tanpa segan aku nyatakan namanya bermula dgn huruf 'F'. FB kau la cinta baruku... hehehehe..

Sunday, October 25, 2009

Juara bowling guru2 data kk.





































Hari ne aku betul2 hepi.. hepi.. hepi.. coz team aku black eagle (kunun nama...) jd juara utk pertandingan bowling antara guru2 data kota kinabalu. Tidak di sangka2 tu... waa.. ndak rugi latihan aku 2 jam hari tu di 1 Borneo... hehehe.. Aku, ben & cikgu Hadi dr sk rampayan wakil kumpulan la kunun. memula aku bukan la senarai pemain pasal aku sda tolak hari tu gara gara ndak konpiden bole main, tp memandangkan ketua yang sepatutnya jd peserta lambat dtg maka aku jd mangsanya...huhuhu.. Mcm pemain pro la pla aku pilih2 bola.. tengok mana yg sesuai n boleh diangkat... kunun.. kakakaka.. Hari tu Doris la kawan aku pompuan satu team yg dtg so dia la bg semangat yg kuat tuk aku. C suhana x dpt hadir coz ada urusan lain yg lebih penting. Penting ka Su??? hehehe... sebenarnya aku main baling2 ja bola tu ndak sangka bnyak kali jga strike! huhu. C Ben pun bnyak strike n C Hadi. Sebenarnya bila nmpak kwn strike tu yg bersemangat tu mau strike jg.. masa c idrim (pegawai maklumat kk) umum pemenang kami bertiga mcm tidak percaya, ndak sangka ba. sambil bertingu mata kami sama c ben bertolak lg mau ambil tropi ( sumbangan penolong pgwi pdkn kk - wanihim othman) takut kena kasi main2 ja.. huhu..lepas itu apa lg, piala sda ada so sesi bergambar la pla. Mcm mau masuk paper la pla.. Lepas sesi bergambar pemain pun sda penat so kitaorang minta hj masrol (ketua kumpulan)blanja coz tekak kitaorang sdah kering. Thanks ah hj coz sudi blanja kami!!! Len kali blanja lg. hahaha ..huhu...itu adalah secebis cerita pada hari yg cukup "bermakna" dalam idup aku. Kenangan ini akan aku ingat sampai bila2. Hepi kerana aku n rakan 1 team menang, hepi coz aku n kwn enjoy the game without misunderstanding, hepi coz dgn cara ini hubungan kmi lebih mesra antara 1 dgn lain. K la. Nmpaknya aku kena akhiri catatan aku di sini. Mau race kan bdn , minda n tangan yg sakit coz tidak biasa main bowling ne. salam.

Sunday, October 18, 2009

aku main Bowling??????


salam semua...

Pada jam 10.30 pagi tadi, aku, jannati n zulaille ke rumah c satia. Dia buat akikah tuk anaknya yang ke-2. First time aku makan daging kambing, sebelum ne aku geli betul ngan kambing coz bau dia tu.. tp tadi aku makan ok pula... sedap jga. hehehe. selera tu aku makan. Kawan2 yang len tidak dpt datang coz masing2 ada hal sendiri yg lebih penting.. acara di tempat c guru ne x dapat ambil, malu....hahaha

Pas dari rumah c guru aku, jannati n zulaille pg main bowling di 1 Borneo.. (memang sda di rancang) Hehehe.. ne gara2 aku kena ikut pertandingan main bowling antara guru2 data kk. huh!!! Bola bowling pun aku x pernah sentuh... hahaha.. Dipendekkan cerita aku pun sda konpiden aku bole pegang bola boling tu masa pertandingan nnti.. (kunu!)... hahaha

happpy... happy... n enjoy jalan dgn 2 budak bujang tu. tima kasih la sama kamu dua ah coz kasi kawan aku.... hehe.. len kali kita main lagi, syok....

Ok la ya.. aku rasa sampai sini dulu catatan aku tuk kali ne, mata sda mengantuk ne tp pas ne aku mau buat xm paper sains dulu untuk tahun 1 dan 4 yang blum siap... ok...

Thursday, October 15, 2009

lagi2 raya...











Cerita raya ne blum lgi habis2, maklum raya kan sebulan. Tadi di sekolah kitaorang sempat lagi p rumah terbuka "prasekolah". Makanan memang betul2 ho liow!!!!! Kek coklat yang merupakan kek kegemaran pun ada.. wuuu... rendang ayam, kerabu, semua ada laaa... sedap ooo. Terima kasih tuk Raizal N Nik Majita coz sudi jemput guru2 p jamuan raya ne... Majita, kalau aku buat umah terbuka ko aja la yang aku suruh masak ah... hahaha... tuk Raizal, tahun depan buat lagi ah... hahahahaha............

sek aku...

Salam...

Atas permintaan sahabat aku agar aku upload gambar sekolah aku tunaikan. Hehehe.. Walaupun lambat.. (Jgn marah ha!).... Tapi gambar ne tidak la banyak aku ambil.. Tiada pemandangan yang aku rasa cantik sda.. Hehehe.. Atas permintaan ko jga martah aku ambil laa gambar monyet ne.. Untuk pengetahuan ko, masa aku mau ambil gambar ne.. hanya 2 ekor monyet ja yang keluar berbanding hari2 biasa... malu mengkali monyet ne mau kasi tinguk muka sama ko martah... hahaha..

KOLEKSI RAYA LAGI..

Tuesday, October 6, 2009

SoToNg MaSak SaMbaL


uhhh... Ne la masakan kegemaran hubby aku (actually aku pun suka jga). Seminggu sekali mesti dia mau aku masakan sotong ne tuk dia. Kekadang aku komplen jga knapa asyik beli sotong coz tinggi kolestrol. Ada ja alasan dia... layan ja la! Aku baru masak ne.. mendidih2 lg dr kuali. Sempat jga aku ambil gambar tuk masukkan dlm blog aku ne.... kejap lg mau upload gambar masakan aku dlm facebook pla. Biar dorang sana terliur.. Huhuhu :-)

Saturday, October 3, 2009

Permata Hati Ibu

Ne la anak2 aku. C kakak tu dah berumur 6 tahun. Tahun depan aku sekolahkan dia di Sk Tobobon. Sekarang ne c kakak dah boleh membaca n mengaji sikit2 (baru iqra 3) abah dia yang ajar di rumah. Aku harap sangat dia akan jadi pelajar yang pintar. Amin.
C abang ne baru berumur 3 tahun. Kerja dia di rumah kalau tidak kacau c kakak adik pula dikerjakannya sampai menangis. Huhh! Kadang2 naik angin juga aku dengan telatah anak2 ne. C baby aku ne baru berumur 1 tahun 6 bln. Baru 2 hari lepas aku bawa di jarum di klinik menggatal. Bengkak jga kaki dia sehari lepas tu tapi pas sapukan minyak gamat ok sda...

Konvokesyen 2008



Tahniah..... utk aku, martah n rizal. akhirnya setelah 4 tahun berjuang dpt juga kami mengenggam segulung ijzah(ceh..) bangga tau walaupun masing2 sibuk ngan anak dpt juga melalui segala rintangan... Hahaha.
Martah ne bestfriend aku masa di u. Dia la tempat aku merujuk terutama subjek math n fizik. Dia ne terror jga la... c rizal, kawan aku yang boleh katakan happy go lucky ja selalu. Kalau aku tengah tension, nampak muka dia sudah mau tergelak belum dia bercakap lagi. Klau dia ber LMS lagi la.... lucu..
Apa - apa pun aku bangga kenal ngan ko martah ( seorang PK HEM yang gigih di Sk St Catherine)!!! Terima kasih kerana sudi jadi kawan aku selama 4 tahun lebih kita di OUM.....

Hari Raya 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.
Sedar ndak sedar ni tahun ke 7 aku celebrate raya ngan hubby n anak2. Hubby aku pla maintain ja... cehhh... Nda buli puji lebih2 malatop nanti. Tapi syok la beraya dr tahun ke setahun. Mungkin bilangan anak2 bertambah jadi suasana pun riuh jga... hahaha. Aku bercadang utk tambah ahli korum lg pada tahun 2010. tuttttt. hahahah

HARI GURU SK PULAU SEPANGGAR 2009

Tahun 2009 merupakan hari bersejarah kerana ne first time tau kami celebrate hari guru di luar kawasan sekolah sejak 10 tahun yang lalu aku sudah mengajar di sekolah ini... Diam tak diam aku pun dah semakin berumur.. hahaha.. kami celebrate hari guru ne di Hotel Mercure One Borneo. Vast gitu!! Suasana happening giler kami siap2 tukar hadiah lagi. Terima kasih kpd kawan2 yang memberikan kerjasama di hari yang cukup bermakna buat kita itu ( Hari Guru). Terima kasih juga kepada guru besar En. William sorimpok Coz bagi kami peluang merasa pengalaman ini n of coz kawan aku yang paling rajin c jannati yang urus segala tempahan.. tima kasih... Harap2 tahun depan di hotel juga la.. hahahahaha

my cute son


Muhammad Abid Haziq. Ini anak aku yang no 3. Dia ne pantang dengar muzik ckit satu badan bergoyang! Dia ne yang aku ndak tahan kalau aku di umah minta dukung saja... kalau ringan2 ndak apa... tp berat! Walaubagaimanapun yang aku perasaan dia ne bijak ckit dr kakak n abangnya masa umurnya. Mungkin dia sdah banyak belajar dr kakak n abangnya jga! I love u baby...